Friday, 14 October 2016

AYAM MADU BERBIJAN

AYAM MADU BERBIJAN YANG SEDAP SENGOTI...



Assalamualaikum.. salam sejahtera dan selamat petang buat pengunjung blog Ita kali ini. Sebenarnya, ini adalah entry tertunda. Hidangan ini adalah hidangan semalam yang Ita masak untuk keluarga kesayangan.

Keadaan kesihatan yang tak berapa nak baik, menjadikan Ita memilih untuk memasak, makanan yang simple sahaja. Asalkan anak-anak dan suami suka dan kenyang. Daripada tak masak langsung atau beli di kedai, Ita lebih suka masak sendiri walaupun sangat ringkas. Mungkin dah terbiasa dengan memasak sendiri menjadikan ianya bukan bebanan buat Ita. Lebih menguntungkan lagi bila anak-anak dan suami tidak cerewet tentang hidangan apa yang Ita akan hidangkan. Alhamdulillah.

Sebenarnya, itu pun suatu rezeki kan.. Ya.. rezeki dikurniakan suami dan anak-anak yang tidak cerewet tentang makan minum, asalkan ada sudah memadai. 

Tak mahu coret panjang-panjang, jom Ita kongsikan dengan adik-adik dan sahabat semua ya.

Ayam Madu Berbijan
Bahan-bahannya:
6 keping kepak ayam
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap pekat manis
3 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu besar madu
1 sudu besar bijan putih
minyak untuk menumis dan mengoreng
Bahan yang ditumbuk lumat:
3 inci kunyit
1 inci halia
1 sudu kecil garam
3 ulas bawang putih
cara-caranya:
1.Gaul bahan yang ditumbuk bersama ayam hingga rata.

2.Masukkan ayam ke dalam kuali dan masak hingga ayam empuk dengan api paling perlahan. jangan lupa tutup kuali ya.

3.Panaskan minyak dan goreng ayam sekejap hingga bertukar warna sahaja.

4.Angkat dan toskan.

5.Panaskan anggaran 4 sudu besar minyak masak. Boleh guna minyak lebihan gorengan ayam tadi ya.

6.Masukkan cili kisar, sos tomato,madu, sos cili dan kicap pekat.

7.Kacau rata hingga terbit minyak.

8.Akhir sekali masukkan ayam dan kacau rata.
Taburkan bijan ketika menghidang ayam tadi.

SELAMAT MENCUBA