DEMO MEMASAK

DEMO MEMASAK DI MINI KARNIVAL KARANGKRAF, KB MALL KOTA BHARU



Assalamualaikum.. selamat pagi semua. Semuga pengunjung blog Ita kali ini semuanya beradadalam keadaan yang baik-baik sahaja. 

Mula kan harian anda dengan penuh kesyukuran. Setiap perbuatan haruslah dimulakan dengan yang baik. Jaga hati, jaga tutur kata, jaga budi bahasa. Pedulikan something yang bersifat negatif. Kerana akan membawa kerosakan fikiran dan hati kita.


Sedikit coretan yang nak Ita kongsikan kali ini. Demo memasak di mini karnival di KB Mall Kota Bharu bermula pada khamis yang lalu selama 3 hari yang berakhir pada hari ahad.

Ita di jemput untuk membuat sedikit demo memasak sebagai mewarnai agenda karangkraf pada hari pertama. Demo yang sangat ringkas namun gembira dengan undangan tersebut. Terima kasih.


Ita cuma membuat roti jala dan menjemput beberapa pelanggan karangkraf untuk mencuba membuat roti jala secara 'hand on'. Alhamdulillah, mereka menyangka membuat roti jala sangat susah. Part untuk kiraikan roti jala menjadi masalah kepada mereka, namun bila mereka mencuba beberapa kali, ternyata menjadi. Alhamdulillah.. 


Suatu ilmu yang dikongsikan amat mengembirakan Ita bila mereka berjaya membuatnya. Jadi, jangan fikir tak boleh ya..fikirkan boleh! Penting sekali,  kita mahu saja nak membuatnya.

Fikirkan boleh!!

Selesai memasak, sesi bergambar pula..hehehehe...


 Kemudian sesi makan-makan roti jala pulak ya. Ita sedikan masakan kari ayam sebagai hidangan pelengkap roti jala. Jom makan!!

Karnival ini berakhir pada hari sabtu.

Terima kasih karangkraf kerana menjemput saya ya..

Assalamualaikum..








Comments