CABARAN RAJA KUAH KNORR - PERINGKAT AKHIR

CABARAN YANG SENGIT, HEBAT, SEDAP DAN MENGUJAKAN..











 Ini lah pemenang Raja Kuah Knorr 2016. Tahniah!!



Hehehehe...masuk TV..ye..ye..



Antara hidangan peserta.. nampak sedap kan..



Mengendap kejap.. Baunya pun dah sedap ni..


Bagi yang telah mengikuti perkembangan pertandingan Cabaran Raja Kuah Knorr dari peringkat awal tentu sekali akan kenal perserta-peserta yang telah menang mengikut peringkat masing-masing. Pemenang telah kembali bertemu, berjuang, bertanding dengan penuh semangat di tempat tersohor di MAHA 2016 bertempat di Serdang.




Peraduan ini yang di adakan buat pertama kali di jangka dapat memberikan penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat dikalangan rakyat Malaysia. Pihak Unilever Food Solution mengambil usaha untuk meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan stok ayam bagi merangsangkan citarasa berlainan.

Untuk 2016, cabaran RKK bergiat mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah seperti kari, masak kicap dan masak lemak.



Saya sebagai salah seorang juri bergandingan dengan chef selebriti Mohd Johari Edris (lebih di kenali sebagai chef Jo), Chef profesional UFS Mohd Hazrin Mohd Din dan blogger makanan Nor Ariffin Hamzah telah menghadapi cabaran menentukan pemenang pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan, persembahan dan citarasa.






Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di MAHA dimana pemenang utama Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000, pakej umrah untuk 2 orang bernilai RM20,000, Hamper dari pihak penaja bernilai RM3,000 dan barangan dapur komersial bernilai RM3,000 menjadikan nilai keseluruhan berjumlah RM41,000. Sungguh lumayan, bukan? Bagi tempat kedua pula, pemenang kedua akan membawa pulang wang tunai RM7,500, hamper bernilai RM2,000 dan barangan dapur komersial bernilai RM2,000. Manakala tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai RM3500, hamper dari pihak penaja sebanyak RM1000 dan barangan dapur komersial bernilai RM1000.

Peserta terdiri dari :

Budiman Bistari Mohamed, 41 (Utara)
Pengusaha trak makanan dari Selangor

Mohd Salezahrin Moh Salleh, 33(Selatan)
Peniaga katering dari Selangor

Raiei Mahidin, 58 (Sentral)
Pengusaha Resoran dari Sepang

Mohd Hilmi Mohd Alias Ahmad 27, (Pantai Timur)
Pemilik restoran dari Kedah

Cabaran Raja Kuah Knorr dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap.

Dengan adanya peraduan seperti ini, tentu saja akan dapat menyemarakkan lagi dunia masakan di Malaysia dan melebarkan lagi kreativiti hasilan penggunaan produk Knorr. Tahniah buat pihak Unilever dan terima kasih kerana menjemput saya.


Comments