CHEFMANSHIP AKADEMI MENUTUP TIRAI HUJUNG TAHUN DENGAN PROGRAM INOVATIF

PROGRAM INOVATIF SEBAGAI PROGRAM AKHIR TAHUN INI OLEH CHEFMANSHIP AKADEMI





Unilever Food Solution (UFS) telah menjayakan chefmanship akademi  sebagai pusat sehenti bagi pengendali makanan untuk meningkatkan kualiti makanan, perkhidmatan, kecekapan dan penekanan kepada keusahawanan pintar dimana ia merupakan sebahagian kursus Pelan Kehidupan Lestari Unilever (USLP) dengan objektif untuk meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan tabiat kebersihan di Malaysia.

UFS melalui CA telah pun bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di pameran pertanian, Hortikultur dan Pelancongan (MAHA 2016) baru-baru ini.

UFS telah terlibat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT)  di seluruh Malaysia semenjak tahun 2013. Sesi CA sudah berjaya di langsungkan berkali-kali dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Petaling (MBPJ), Majlis Bandaraya Selayang (MPS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya(MPSJ), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Klang dan Kawasan Pantai. Malah, pernah juga bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Johor Bharu (MBJB), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Chefmanship Akademi juga merupakan satu inisiatif pertama oleh pihak perkhidmatan makanan di negara ini yang mendapat sambutan hangat dengan anggaran jumlah penyertaan lebih 43,000 pengendali makanan setakat ini dalam pelbagai sesi Chefmanship Akademi.

Dengan kaedah yang diperkenalkan ini akan menyedarkan pengendali makanan tentang perkembangan terkini dalam industri dan memahami peraturan oleh pihak berkuasa tempatan. Kerjasama antara UFS Malaysia dengan pelbagai pihak berkuasa kerajaan serta organisasi sektor swasta agar membolehkan pengendali makanan untuk meningkatkan teknik mereka dengan pendekatan baru. Memberi kefahaman dengan lebih terperinci supaya meningkatkan pengendalian makanan dalam menjimatkan masa, serta, serta beroperasi secara berprestasi dalam menghadapi cabaran pertambahan kos operasi termasuk bahan makanan.

Selain itu juga, pengendali makanan akan lebih sedar tentang perkembangan terkini dalam industri dan memahami peraturan oleh pihak berkuasa tempatan dengan lebih terperinci. Menggabungkan pendekatan dunia sebenar dengan penyelidikan industri untuk menawarkan satu pengalaman terbaik dalam pembelajaran yang merangkumi lebih dari 100 topik termasuk pengalaman secara langsung dan pelaksanaan akumen bisnes yang sesuai.

UFS memberi bantuan dalam memastikan kesihatan rakyat Malaysia agar tidak terjejas apabila makan di luar dan pengendali atau peniaga-peniaga yang berkait rapat dengan makanan supaya sedar bahawa keselesaan atau keuntungan tidak harus dijadikan alasan untuk berkrompromi dengan kebersihan makanan.

Pada hari program tersebut pihak unilever juga ada menyediakan pelbagai hidangan yang lazat dengan menggunakan barangan mereka seperti serbuk limau  untuk membuat teh limau, nasi goreng planta dihidang dari penggunaan marjerin planta, kerabu mangga dan lain-lain.

Selain dari itu, pada hari tersebut produk-produk unilever di jual dengan harga promosi yang sangat berbaloi kepada pembeli. Semuga dengan inisiatif ini akan memberi peluang kepada pengguna untuk menyediakan hidangan secara bijak.

Terima kasih yang tidak terhingga kepadaMr Thong, Ms Angeline dari Integrated Public Relations kerana menjemput saya ke program ini. Jutaan terima kasih juga atas layanan yang diberikan oleh pihak unilever.

Comments