Saturday, 17 December 2016

KAMBING MASAK KICAP

MASAK RINGKAS-RINGKAS IKUT MOOD JER..



Assalamualaikum, salam sejahtera buat teman-teman, adik-adik serta pengunjung dapur maya Ita kali ini. Semuga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah sentiasa.


Lama betul Ita menyepikan diri dari berblog. Nak sangat mengupdate setiap menu Ita setiap hari. Namun, keterbatasan waktu sentiasa menjadi pesaing Ita yang sangat akrab. Hari ini, masih mood cuti lagi, tapi dapur tetap merasap., kalau tak mahu kebuluran ahli keluarga Ita.

Kali ini nak update masakan pagi tadi tetapi Ita updatekan masakan yang tersimpan lama tak sempat nak update. Kambing masak kicap. Resepi ini terdapat dalam buku 500 JUADAH PILIHAN KELUARGA. Memang buku ini agak complete kerana banyak masakan harian yang Ita kongsikan disini. Merangkumi pelbagai masakan dari lauk pauk, kuih muih, puding, kek dan biskut serta air. Sungguh berbaloi dengan harga cuma RM59.90. Ita juga tunjukkan dengan kaedah langkah demi langkah.

Jom Ita kongsikan resepinya. Mana tahu kan. Kot-kot nanti boleh masak untuk hidangan tengahari. 

KAMBING MASAK KICAP

Bahan-bahannya
400 gm daging kambing
1/3 cawan kicap pekat manis
1 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 biji bwang besar
2 biji cili padi
1/2 kiub pati ayam
1 biji tomato
1 inci halia-hiris
1 senduk kecil minyak masak

cara-caranya:

  1. Daging kambing dan garam digaul dan masukkan ke dalam kuali.
  2. Tutup kuali, guna api paling perlahan, biar hingga daging masak dan air daging kering.angkat, ketepikan.
  3. masukkan minyak, bawang besar, halia dan bawang putih. kacau rata.
  4. masukkan kicap pekat, sos ikan, kiub pati ayam, gula, tomato dan cili padi.
  5. akhir sekali masukkan daging dan kacau rata. sesuaikan rasa.
selamat mencuba, sehingga jumpa lagi di lain waktu, Inshaalah.

Selalu lah reda dengan tiap aturan Nya. Semuga hidup kita lebih tenang walaupun dugaan datang silih berganti. Tiap musibah ada hikmahnya. Tiap rezeki ada manafaatnya. Jangan lupa, rezeki yang kita perolehi tidak semesti milik kita sepenuhnya.

ASSALAMUALAIKUM..