Sunday, 5 November 2017

KEK PISANG

KEK PISANG YANG LEMBUT




Assalamualaikum, salam sejahtera buat pengunjung blog Ita kali ini. Lama betul tak bersiaran. Lebih senang update berita thru instagram, jadi blog ni ditinggal agak lama. Bila nak buka, dah tak ingat pasword lah macam-macam. Risau lak, berhantu dah ke..hihihi..

Walaupun lama tak bersiaran, namun bukan bererti tak masak tau!! Makcik tetap menjalankan tugas seperti biasa ajer, tugas hakiki dan keseronokan yang tak pernah nak pudar. Mungkin time nyayuk nanti pun rasanya dok main periuk belanga dan kuali lagi kot. Silap2, dok mengira pinggan mangkuk yang dok beli simpan. dok beli simpan..hahaha..uissh!! tak nakkkkkk!! astaghfirullahalazim..

Hari ni., kita nak kongsikan kek pisang pebret hubby. Anak-anak dan hubby mesti nak makan makanan ringan-ringan macam kek atau kuih selain makanan hakiki. Jadi, kita ni asyik mengira menu aje setiap hari. Nak buat apa, esok nak masak apa, lusa nak buat apa..begitu lah hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan dari tahun ke tahun. Takde cuti cuti. Kalau nak cuti pun separuh hari boleh la. Kalau makan kat luar pagi tu, lunch n dinner kena masak dah. 

Bukan apa, kita pun lebih suka masak sebenarnya, sebab senang nak macam mana kan. Nak lauk banyak, lebihkan lauk dalam masakan. Nak kuah pekat, pekat kan kuah..tak sakit hati kalau beli, pasti tak kena selera.. tak gituuu??

Ok jom!! makcik share resepi kek ya.

KEK PISANG

6 biji pisang berangan (jgn nak berangan lebih2 tau!!)
4 biji telur gred A
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula
2 cawan gandum
3/4 mentega (kita guna brand anchor dan cairkan)
1 sudu besar ovellete
1 sudu besar esen pisang 
*1 biji pisang - hiris untuk hiasan

** guna loyang bulat 9 inci dan alas kertas minyak dan sapu mentega sekelilingnya

Cara:

1- Panaskan oven 170*C
2- Lecek pisang hingga hancur dan campurkan dengan soda bikarbonat.
3- Ayak tepung dengan serbuk penaik.
4- Putar telur, gula, esen pisang dan ovellete hingga kembang.
5-Tuang ke dalam pisang yang dilecek tadi. Kacau rata.
6- Masukkan tepung gandum dan kaup balik hingga rata.
7- Masukkan mentega cair dan kaup balik hingga rata.
8-Tuang ke dalam loyang dan taburkan hirisan pisang.
9- Bakar selama 60 minit dengan suhu 170*C atau hingga masak.
10- Cucuk dengan lidi satay untuk memastikan kek masak. Pastikan lidi tidak melekat adunan kek.

Maaf lah ya, gambar tak berapa nak cantik. Biasa guna kamera tapi kali ni kita pakai phone jer.. malas betul rasa nak edit bagai..huhuhu..  maaf ..