Monday, 29 January 2018

KARI AYAM

KARI  AYAM YANG SEDAP DI NIKMATI..




Salam sejahtera, semuga pengunjung blog Kak Ita kali ini semuanya dalam rahmat Allah.


Tiada yang sedap selain masakan mak kan?? Saya sangat setuju. Walaupun hanya sekadar ubi kayu rebus, air tangan mak tak pernah pudar di ingatan kita kan? Syukur lah pada yang ada mak kan. Tak semua orang dapat menikmati kasih sayang mak.


Seperti juga Kak Ita, walaupun ma (panggilan untuk mak akak) sering sibuk dengan tugasanya mencari rezeki, namun ma tidak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai ibu. Bila bangun pagi, (ini masak kecik2 dulu lah..) ma dah keluar rumah untuk mencari rezeki. Kami adik beradik terus buka saji kat dapur. tengok ma dah siap2 letak makanan dalam pinggan seorang satu. Sebab ma tak mahu kami berebut, rebut agaknya.


Tapi, masa tu tak berapa nak cerdik lagi, hahaha.. yang buka saji dulu seronok pilih sebab nak tengok mana lauk yang banyak, yang tu lah nak nya. Kikikiki.., sekali fikir, tak kan ma nak letak ada yang sikit ada yang banyak. Tapi nak cakapnya kalau dah budak, cam gitu lah perangainya kan..

Tapi yang selalu mengalahnya Kak Ita lah sebab Kak Ita anak yang sulung. Kalau gaduh, memang kita dululah yang kena marah sebab kita yang paling tua.Yang tentu selamatnya, yang paling kecil walaupun sememangnya dia yang bersalah. Untung jadi yang paling kecilkan?? boleh nakal nakal sikit..kui..kui..kui..kui....

Namun hari ini bukan nak bercerita kisah zaman jaafar tonggek tu.. Kak Ita nak share resepi jer.. Resepi pun resepi biasa biasa ajer.. Kari Ayam terlajak laku..

Kak Ita rasa ramai diantara kita yang tahu tentang cara nak masak kari ayam. Cuma, sebab Kak Ita masukkan dalam blog ni disebabkan nak simpan resepi ni untuk rujukan anak anak Kak Ita nanti.

Apapun boleh jer jika kawan2 dan adik adik mahu mencuba kari ayam ala kak Ita ni. Jom!!

KARI AYAM

Bahan bahannya:

300 gm ayam -bersihkan dan potong ikut suka ya
2 sudu besar serbuk kari}
1/2 cawan air                  } bancuhkan
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bungga cengkih
3 biji buah pelaga
1 inci halia-hiris
3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putih-hiris
2 cawan air
100 ml santan pekat (Kak Ita guna santan KARA)
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar serbuk pati ayam
minyak untuk menumis

cara-caranya:

  1. Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga,daun kari, halia, bawang merah dan bawang putih.kacau hingga bawang layu.
  2. Masukkan bancuhan kari dan kacau rata. perlahankan api dan biar hingga terbit minyak.
  3. Masukkan ayam dan kacau rata. tutup periuk. Dengan api perlahan, biarkan ayam empuk.
  4. Bila ayam empuk, bolehlah masukkan air dan santan. kacau rata.
  5. Masukkan garam gula dan serbuk pati ayam.
  6. Kacau perlahan lahan hingga mendidih dan sesuaikan rasa.
SELAMAT MENCUBA