KERABU KACANGPANJANG

KERABU KACANG PANJANG YANG BEST!!

Salam sejahtera semua, semuga semuanya dalam rahmat Allah. Doakan yang baik baik untuk mereka yang kita kenali. Semuga mereka juga saling mendoakan kita.

Alhamdulillah, masih ada lagi mood berblog untuk perkongsian kita dan untuk rujukan pada yang memerlukan. Berblog memerlukan rasa, ketenangan dan keterujaan. Jika dalam keadaan sedih, penyampaian kita juga menjadi sedih. Kerana hasil ketikan keyboard adalah dari rasa yang jauh dari sudut hati, tak seperti kita bercakap. Kadangkala bercakap tidak sama rasa dengan hati kita. Ramai jer bercakap tak seiring dengan kata hati. Wallahualam..

Kali ini Kak Ita nak kongsikan resepi sampingan kepada lauk pauk yang Kak Ita hidangkan beberapa hari lepas. Tetapi, kerana kemalasan melanda, lalu Kak Ita tundakan untuk diupdatekan disini.

Namun, mujur nya ketika ini ada rasa mahu menekan nekan papan komputer ini bila rasa dan keinginan itu datang. Alhamdulillah.

Kerabu ni Kak Ita buat kerana rindukan kampung halaman yang telah Kak Ita tinggalkan setelah sekian lama., lantaran tugas dan tanggungjawab yang harus di pikul. Untuk memujuk hati, Kak Ita cuma bersyukur kerana masih diberi lagi rezeki oleh Allah. Harus kita bersyukur, kan??

Rindu kepada rumah tersangat lah hebatnya. Namun harus diingat., suatu masa nanti semua yang kita suka dan kita sayang akan diambil Allah juga bila sampai saatnya. Jadi, ini lah agaknya kenapa Allah takdirkan Kak Ita berada jauh dari rumah. Dia mahu kita berfikir, betapa nikmat yang diberiNya selama ini cukup besar, sedangkan kita tidak langsung bersyukur. Ini cuma tinggalkan rumah untuk beberapa ketika sahaja. Dan tak dapat melakukan tugas harian yang kita gemari seperti biasa. Sedangkan bila sampai saatnya nanti Allah tak akan kembalikan ke tempat yang kita sukai, malah jauh dari orang orang terdekat dengan kita. Tinggallah kita seorang diri, melalui balasan balasan yang telah kita lakukan di atas dunia ini. Semuga kita semua bersama dengan orang yang beriman.

Banyak pulak nukilan rasa ya..hehehehe..jom Kak Ita kongsikan resepinya.





KERABU AKACANG PANJANG

Bahan-bahannya:
1 ikat kacang panjang-potong halus bulat
1 kuntum  bunga kantan-hiris
1 tangkai daun kesum-ambil daunnya hiris halus
1 batang serai-hiris halus
1/2 biji timun -disagat
2 biji cili padi -dihiris
1/3 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/2 cawan kelapa parut - goreng tanpa minyak

Cara caranya:

1- Santan, gula dan garam disatukan dan kacau rata hingga gula hancur.
2-Masukkan semua bahan dan gaul hingga rata.
3- Sesuaikan rasa dan hidangkan.

Semuga memberi manafaat kepada yang memerlukan.

SELAMAT MENCUBA.


Comments