AYAM MASAK MERAH

AYAM MASAK MERAH YANG SEDAP DAN MUDAH...



Salam sejahtera, semuga sentiasa ceria ceria selalu ya.
Selalu ingat dimana kita berpijak, jangan lupa pada pencipta. Ucap syukur selalu, dan juga beristighafar berpanjangan. Minta ampun setiap kali solat, sesungguhnya kita tak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. namun, jangan jadikan kesilapan sebagai amalan ya. Jauhi diri dari dosa dosa besar yang membuat kita kesal tak terhitung di kemudian hari. Pesanan ini bukan untuk anda saja, juga untuk saya. Semuga kita lebih beriman dari sebelum ini. Allahuakhbar..


Hari ini Kak Ita nak kongsikan resepi yang sangat mudah untuk dimasak. Kebetulan lately, Kak Ita sedikit sibuk dengan tugas, maka resepi yang simple adalah menjadi pilihan. Janji masak sendiri. Jimat masa dan belanjakan.? Ya lah, zaman sekarang  semua barang meningkat tinggi, terasa juga sayang duit mengalir keluar seperti air jer. Baik belanja berhemah, sebab kita tak tahu apa akan berlaku dikemudian hari nanti.

Bagi yang terlebih mampu dan kaya raya mungkin tidak menjadi beban kan? Boleh makan di restoran mahal-mahal. Itu rezeki mereka. Jangan pertikai dengan rezeki yang Allah dah bagi kepada hambaNya masing masing. Kita sabar dan reda lah ya. Syukur itu lebih baik, kerana tiap perancangan Nya bersebab.

Pada Kak Ita, dapat hidup tenang, ada keluarga penyayang, sudah memadai kerana kita dapat berbuat amal ibadat pun dengan tenang.

Panjang pulak coretannya kan. Jom kita kongsikan resepinya.

AYAM MASAK MERAH

Bahan bahannya:
1/2 ekor ayam-potong ikut suka hati
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar -potong baji
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
sedikit hirisan halia
1 senduk cili kisar

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
1 biji cili padi(nak pedas boleh tambah)
3 ulas bawang putih

Minyak untuk mengoreng.

Cara-caranya:
1- gaul ayam bersama garam dan masukkan kedalam periuk. Tabur bawang putih.
2-Perlahankan api, biar hingga ayam empuk.
3-panaskan minyak dan goreng ayam sekejap. ketepikan.
4- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama, cili kisar, sos tomato, sos cili dan kacau hingga terbit minyak.
5-Masukkan gula, serbuk pati ayam. Kacau rata.
6-Akhir sekali masukkan tomato dan bawang besar. Sesuaikan rasa.
7-Curah ke atas ayam goreng.
8-Sedia dinikmati bersama nasi putih, nasi minyak dan seumpamanya. 

Nak ratah camtu pun sedap juga.

SELAMAT MENCUBA

Comments