Sunday, 27 May 2018

DAGING GORENG PETAI

ENAK AROMA PETAI YANG MENGGODA...





Assalamualaikum..


Salam sejahtera buat pengunjung semua, semuga anda sentiasa dalam rahmatNya. Di bulan yang mulia ini marilah kita sama sama lebihkan amalan-amalan yang baik dan selalu basahi lidah dengan zikir dan istighafar. Semuga Allah mengampuni dosa dosa kita yang lalu dan menambah pahala kita untuk bekalan ke tempat yang kekal dan abadi nanti.

Hari ini Kak Ita nak kongsikan satu resepi yang juga kegemaran Kak Ita dan keluarga. Seperti yang Kak Ita telah maklumkan sebelum ini, jika bulan  puasa camgini, menu kampung memang menjadi buruan kami sekeluarga.


Dah lama rasanya tak makan daging, jadi Kak Ita memilih daging sebagai hidangan iftar kami yang ke sebelas. Diam tak diam dah 11 hari kan? Dan hari ini dah hari yang ke 12 dah pun.., aahh.. terasa sayu pulak memikirkan ramadan yang akan pergi tak lama lagi. Entah berjumpa atau tidak ramadan akan datang nanti. Semuga Allah memanjangkan usia kita untuk terus beramal ibadat kepadanya.

Semenjak umur semakin berusia ni, banyak makanan yang menjadi kegemaran dulu, telah memberi sedikit kemudaratan buat Kak Ita. Kalau dulu Kak Ita tak makan ayam kecuali ayam kampung, jadi Kak Ita akan memilih daging sebagai lauk utama kak Ita. Tapi semenjak akhir akhir ni, bila makan daging tu, Kak Ita akan rasa sakit kepala. Tapi, belum juga jumpa doktor nak check check apa yang tak kena. Kot kot ada wayar yang shock ke.. hehehehe... Ermm kalau dah berusia camgini macam macam lah kan.. kena terima lah hakikatnya yang kita tak akan sempurna dan sihat selamanya.

okey ! Dah panjang pulak ceritanya. Jom Kak Ita kongsikan menu kak Ita semalam.

DAGING GORENG PETAI

Bahan bahannya:

400 gm daging - hiris kecil
100 gm petai
1 biji bawang besar-hiris bulat
2 ulas bawang putih-hiris
1/3 capsicum kuning- potong kecil
1 biji cili merah-hiris
1 sudu besar garam kasar
1 sudu besar gula
1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 senduk minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1- Cuci daging dan gaul dengan garam kasar.
2-Masukkan ke dalam kuali, tutup kuali. Masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Tak perlu letak air.
3- Bila air daging  kering, masukkan minyak, bawang besar dan bawang putih. Kacau rata.
Masukkan pula capsicum, cili merah, gula dan kiub pati ayam.
4- Akhir sekali masukkan petai dan gaul rata. sesuaikan rasa.
5-Hidang bersama lauk lain.

Kak Ita gandingkan lauk ini bersama masak lemak petola. 
Sedap weii..!! Ada pulak budu yang diletak cili padi. Aaaahh.. memang tak ingat apa la.., makan puas puas, bila nak solat terawih, rasa nak fengsan!! kekeyangan..

Okey..hingga jumpa lagi. Selamat beramal..







No comments:

Post a Comment