Sunday, 27 May 2018

MASAK LEMAK CENDAWAN HITAM

IFTAR 9, MASAK LEMAK UNTUK BERDUA



Salam sejahtera, semuga teman-teman semua dalam lindungan Allah selalu.


Hari-hari yang dilalui semakin sibuk, namun tugas dan amanah tetap di utamakan. Terasa bahan raya semakin hampir tiba. Bagi yang bekerja mungkin tak terasa sangat. Pada Kak Ita, hari hari yang dilalui terasa sangat cepat berlalu. Mungkin kerana ada rasa debaran demi debaran dalam menyiapkan biskut biskut yang ditempah oleh pelanggan-pelanggan. Nak tidur pun rasa tak lena. Risau takut tak sempat.

Harap semuanya berjalan lancarlah hendaknya. Bukan apa, Kak Ita ni.., kalau rasa penat atau tak larat memang Kak Ita akan rehat dan tak mem baking lah hari tu. Tu yang timbul debaran-debaran halus tu..hehehehehe..

Tapi hari ini, Kak Ita tak mahu kongsikan cerita tentang biskut raya tapi kak Ita nak kongsikan menu berbuka yang ringkas untuk kami berdua. Bila tiada ahli keluarga, mood nak masak pun sedikit ke laut, tapi tak lah ke laut sangat..sekadar pinggir pantai jer..hehehehe..

Jom, Kak Ita kongsikan resepinya.




MASAK LEMAK CENDAWAN HITAM

Bahan bahannya:
200 gm cendawan hitam
2 keping fucuk goreng
2 biji cili padi- diketuk
500 ml santan
1 sudu besar serbuk kunyit
3 helai daun limau purut
1 batang serai- diketuk
garam dan gula secukupnya
1/2 senduk minyak untuk menumis

Bahan kisar
1 genggam ikan bilis -goreng garing
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-caranya:

1- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
2-Masukkan cili padi, serbuk kunyit dan serai.
3-Masukkan santan, garam, gula dan kacau rata.
4-Bila mendidih, masukkan cendawan hitam dan fucuk goreng.
5- Akhir sekali masukkan daun limau purut dan sesuaikan rasa.

Hidang bersama nasi panas, od aloo laa... sedap weii!! Kak Ita gandingkan dengan ayam goreng berempah. Namun, jika digandingkan dengan ikan kering goreng lagi best.

Musim bulan ramadan camgini, memang masakan kampung yang akan buruan kami sekeluarga.

Okey, selamat mencuba. Inshaallah ada rezeki jumpa lagi. Semuga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah dan dimurahkan rezeki.