NASI AYAM SEDAP

WALAU MAKAN BERDUA,TETAP NAK MASAK JUGAK..





Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua ya.

Maaf sangat terlewat mengupdate dapur maya ini. Dalam asyik asyik membuat  biskut raya tempahan pelanggan pelanggan kesayangan, Ita terlupa pulak untuk updatekan masakan Ita. Bila malam menjelang, badan terasa letih sangat, namun sempat jugak melakukan solat sunat terawih. Sayang jika kesempatan amalan dibulan ini ditinggalkan dek kerana melayan penat badan.

Nak tau apa hidangan Kak Ita semalam ya. Walaupun cuma berdua namun Kak Ita tetap mahu merasakan air tangan sendiri. Terasa puas hati berbanding jika beli diluar, tambahan pula.., jika kita belum kenal penjualnya dan tak biasa membeli digerainya. Takut menyesal kemudian nanti, baiklah kita masak sendiri , kan...

Setakat ni dah masuk 13 hari puasa, Kak Ita tak menjenguk lagi bazar ramadan. Tambahan pula, tak biasa di tempat baru ni. Jadi, Kak Ita masaklah seadanya.

Jom Kak Ita kongsikan resepi semalam ya.

NASI AYAM

Bahan bahannya:

Nasi :
3 cawan beras basmati-cuci dan toskan
1 biji bawang besar-cincang
2ulas bawang merah -cincang
1 senduk mentega
1 sudu kecil garam
4 1/2 cawan air rebusan ayam
2 batang kulit kayu manis
6 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
2 helai daun pandan-simpulkan

Cara-caranya:

1-panaskan mentega,tumis bawang besar,bawang putih ,kulit kayu manis,bunga cengkih dah bunga lawang hingga bawang layu.

2-masukkan daun pandan dan beras.

3-masukkan pula air rebusan ayam.

4- Masak nasi seperti nasi biasa.

Membuat sup:

3 keping dada ayam
airsecukupnya
1 biji kentang-potong dadu
1 sup bunjut
1 sb serbuk pati ayam
garam dan gula

Cara-caranya:

Rebus ayam hingga empuk.
Keluarkan ayam dan ketepikan.
Ambil keluar air rebusan 4 1/2 cawan untuk masak nasi.
Masukkan sup bunjut, garam, gula,serbuk pati ayam dan kentang.
Masak hingga kentang empuk.



Ayam:

2 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 sb lada hitam
1 sb kicap pekat
1 sb mentega

Cara: tumbuk semua bahan dan campurkan dengan sedikit garam.Sapu pada ayam.sapu mentega dan bakar selama30minit.

Sambal:

1 biji tomato
4 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1inci halia
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

blend semua bahan dan masak hingga mendidih. angkat. hidangkan.

Okey selamat mencuba. semuga memberi manafaat.

Assalamualaikum


Comments

Popular Posts