DIAM TAK BERERTI LUPA

Salam sejahtera, semuga anda semua sentiasa dalam rahmat Allah. Marilah kita saling mendoakan antara satu sama lain dengan pengharapan agar kita semua dalam keadaan yang baik baik sahaja.



Lama betul saya tidak ke udara kerana masalah hilang mood, hehehehe.. lama kan. Tak tahu samada ada yang menjenguk mencari cari khabar berita dari saya atau saya hilang terus dari ingatan anda semua. Apapun kini saya terasa kembali mahu mencoretkan setelah semangat itu berkoyong-koyong datang dengan tiba tiba tanpa boleh ditunggu tunggu lagi.

Nama pun manusia, saya juga tak terlepas dari mempunyai mood yang ada pasang surutnya. Harapan saya kali ini , semuga boleh mempunyai semangat untuk terus mengilap dapur maya ini dengan perkongsian hidangan harian saya. Jika selama ini saya tetap melunaskan tanggunjawab sebagai ibu dan isteri untuk memasak untuk anak anak tersayang dan suami yang tercinta, cuma kurang rajin untuk shooting gambar masakan menyebabkan blog saya kegersangan dan terbiar usang. 

Harapan juga semuga blog ini mampu memberi manafaat kepada yang mencari cari resepi dan mahu mencuba resepi harian saya. Rasa ini muncul setelah minggu lepas saya terbang ke Sabah untuk ke rumah adik bongsu saya yang bekerja di sana. Anda tahu apa yang sangat mengujakan saya selain tempat tempat nya yang sangat menarik pada pemerhatian saya. Makanan! ya makanan yang sangat berlainan dengan tempat saya kunjungi sebelum ini. Apatah lagi yang tak ada di tempat saya. Kepelbagaian keturunan juga menyebabkan saya rasa kagum dan rasa ingin tahu tentang mereka. Namun, saya tidak dapat mendekati mereka secara peribadi lantaran kesuntukan masa.



Namun saya tetap bersyukur kerana adik saya sangat memahami apa yang kakaknya suka. Dibawanya saya ke daerah daerah yang sangat cantik dan mengagumkan. Bumi sabah yang pertama saya pijak adalah Tawau. Kerana flight yang kami ambil adalah KLIA ke Tawau. dari Tawau saya dibawa untuk melawat ke bandar Tawau dan pasar Tawau. Kesimpulannya, not bad. saya suka! Pertama barang yang saya beli kat Pasar Tawau adalah kulit kayu manis yang panjang panjang tu.. Dah lama saya nak kulit kayu manis tu, tak sangka akhirnya menjadi kepunyaan saya. Betul lah, keinginan itu juga satu doa yang akan Allah makbulkan samada cepat atau lambat jer.



Sebagai seorang yang gemar memasak, saya tentu teruja untuk mendapatkan oven untuk membakar kek lapis Serawak. Tetapi,  saya bukan berada di Serawak, Sabah bah!! saya ada ternampak peniaga peniaga di pasar tersebut menjual satu oven berbentuk empat segi. Ada juga saya bertanyakan peniaga yang mula mula saya sampai tu. Adakah itu oven untuk membuat kek lapis Serawak. Katanya " nak bakar apapun boleh, kek biskut dan sebagainya", pening sekejap saya. Ada terdengar oven kek lapis Serawak ni, oven nya memang untuk kek lapis Serwak sahaja. Saya macam tak puashati jer..hehehehe..

Saya terus melalui lorong lorong dalam pasar tersebut. Bila saya terjumpa oven tu saya bertanya lagi peniaga lain. Adakah itu oven kek lapis serawak. Namun berlainan pula jawapannya. Peniaga yang kemudian saya temui itu memberitahu, itu adalah oven untuk membakar biskut. Peniaga itu menunjukkan biskut di dalam balang di kedainya itu. Jika tak silap namanya biskut bangkit (saya lupa sebab biskut tu  dah habis kami makan..hehehehe...) Hurmm.. nasib baik tak beli oven tu dekat kedai pertama. Nanti tak pasal pasal rugi tambang flight saya nanti. Alhamdulillah..

Selain itu, saya turut membeli kayu yang disanggulkan dengan tali plastik dihujungnya kerana merasa pelik kerana ia tak ada ditempat kami. Kayu itu digunakan untuk memukul telur a.k.a whisk lah.. hehehehe.. harga cuma RM3.50 satu. Kreatif betul kan.. Nak guna memang taklah rasanya sebab rela guna hand mixer ..hahahaha.. takpe buat kenangan kan..

Antara jajan yang banyak dijual disitu ia kerepek malinjo, saya tak pasti disana apa namanya tapi kalau di tempat saya disebut malinjo yang disira pedas. Sedap kerepek tu. Keluarga saya pun suka. Selain itu juga saya beli acuan kuih yang saya lupa apa nama kuih nya. Acuan yang seperti mirip kepada acuan kuih dangai. Walaupun saya tak tahu kegunaanya nanti namun, saya tetap membelinya sebagai koleksi saya. Mungkin satu masa saya berkesempatan untuk mendapatkan resepi acuan tersebut. Wallahualam..

Berkisar kisar dipasar Tawau sekejap, kami bergerak ke Semporna tempat adik kesayangan saya tinggal. Mengambil masa lebih kurang satu jam sebelum sampai ke Sempurna, saya menikmati suasana yang saya lalui itu. Melihat rumah rumah di Sabah yang rata ratanya tinggi dan besar saya terasa tertanya tanya juga, kenapa rumah nya harus tinggi tinggi. Selesakah orang orang tua mereka untuk turun naik tangga tersebut jika sudah berusia. Namun, persoalan itu saya matikan dengan berfikir, lain padang lain belalang. Stop!

Untuk bab permulaan sampai saya sudahi setakat ini dahulu, ada luang dan masa saya akan coretkan lagi pengalaman saya disana. Saya sertai beberapa photo yang sempat saya ambil di sana.

Assalamualikum.

Comments

  1. Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga ke negeri di bawah bayu.

    ReplyDelete

Post a Comment