Covid 19-Hari ke 5

Hari Ke 5. COVID19



Salam sejahtera, lama betul Cik Ta tak update blog. Rindu yang amat, Tapi dek kerana kesibukan dengan tugas buat Cik Ta terasa tak sempat sempat nak menulis. Terasa teramat singkat masa dalam satu hari. Kadang tu rasa macam tak sampai 24 jam jer sehari. Kejap jer masa berlalu..

Apa khabar anda semua setelah masuk hari ke 5 kita dibawah perintah kawalan pergerakan. Duduk dirumah, terasa semua kerja rumah dah siap dikerjakan. Jadi terlebih rehat pun ada jugak kan. Tapi sebenarnya, ni lah masa kalau kita nak khatam quran dengan cepat sebenarnya. Just amalkan atau habiskan 2 juzuz jer sehari.. dan setiap jumaat 3 juzuz, sure 31hb Mac ni kita dah boleh khatam. Best kan. Tak caya? cuba lah.

Awal bulan Cik Ta sempat pulang menjenguk rumah di Kota Bharu. Rancangan awal cuma mahu balik sekadar seminggu sahaja tetapi tertangguh menjadi 2 minggu pulak. Cik Ta kembali ke sini pada 15hb dan perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan pada 18hb. Nasib baik sempat sampai ke sini. Jika tidak masalah juga Cik Ta dan suami.

Namun, sebagai isteri seorang polis, Cik Ta redha dan penuh dengan doa agar suami selamat selamat sahaja dalam menjalankan tugas. Disaat orang lain berkurung di rumah, dua ahli keluarga terpaksa bertugas. Sedih yang amat, tapi nak buat macam mana kan. Anak perempuan Cik Ta pulak bekerja di bank yang tidak juga boleh bercuti. 

Jadi sama sama lah kita berdoa semuga keadaan ini segera pulih. langkah terbaik adalah menjadi seorang rakyat yang mendengar kata. Patuhlah dengan arahan yang diberikan pemimpin kita. Dan buat isteri isteri atau pasangan yang pasangan nya terpaksa bertugas, iringilah doa banyak banyak, semuga semuanya berjalan dengan baik dan berkesan dan doakan pasangan kita selamat.

Itu saja perkongsian Cik Ta untuk kali ini, setelah sekian lama tidak menguruskan blog Cik Ta yang agak bersawang ini. Bagi yang mengikuti ig Cik Ta boleh update resepi Cik Ta dan buku terbaru Cik Ta yang telah pun berada dipasaran.




Comments