PUTERI MANDI

PUTERI MANDI UNTUK SI DIA

Salam sejahtera uolls. Kak Ita dah lama buat kuih ni. Dalam bulan puasa yang lalu tetapi Kak Ita tak sempat nak update kat sini. Tak semestinya bulan puasa boleh buat hidangan ini kan. Kerana hidangan ini sangat sesuai dihidang bila bila masa sahaja.

Ruzita's Kitchen

Kuih ini sangat mengamit kenangan Kak Ita kerana kuih ini sangat digemari oleh ayah dan ma (mak) Kak Ita. Tiap kali tengok kuih ini tentu hati tersentuh. Tambahan lagi musim PKP ini kerana kami tak dapat berjumpa kerana jarak yang terlalu jauh.

Ruzita's Kitchen

Gambar kuih ini nampak tidak menarik kerana Kak Ita tidak mahir mengambil gambar waktu malam. Jom Kak Ita kongsikan resepinya.



Ruzita's kitchen


PUTERI MANDI

Bahan bahannya:
Bahan A:
1 cawan tepung beras
1/3 cawan air (boleh tambah jika adunan keras)
secubit garam
1/2 sk pewarna hijau

bahan inti: (B)

1 cawan kelapa parut
1 keping gula melaka -cincang halus
2 sb gula
2 helai daun pandan

Cara caranya:

1- Camurkan semua bahan A dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.
2- Panaskan setengah periuk air hingga mendidih.
3- Ambil sedikit adunan dan bulatkan seperti guli, kemudian picit, lalu dimasukkan ke dalam periuk yang berisi air mendidih.
4- Bila adunan tadi terapung, itu menandakan ia masak dan ambil dengan penapis untuk angkat keluar.
5- Masukkan ke dalam adunan kelapa yang siap dimasak.
6- Membuat sambal kelapa: campurkan semua bahan B dan masak hingga rata dan gula melaka hancur.
7- Gaul puteri mandi hingga rata.
8-Sedia dihidangkan.

boleh rujuk video DI SINI

SEMUGA MEMBERI MANAFAAT.

Comments

Post a Comment