KASWI GULA MELAKA
KUIH TRADISIONAL YANG SEDAP
Salam sejahtera semua. Semuga anda semua sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah. Hari ke 10 Syawal, 1445H. Alhamdulillah, ada lagi kesempatan untuk kita berbuat apa saja yang kita suka dan kita hajati. Ada lagi peluang untuk kita memperbaiki apa yang kurang dan menambah apa yang perlu. Syukur, syukur alhamdulillah.
Membaca setiap berita dan pengalaman hidup pelbagai kebaikan, keburukan di luar sana, Kak Ita terasa sangat takut, syukur, beringat dan macam macam perasaan. Melihat insan insan yang sedih dan dilanda musibah, terasa sangat bersyukur dengan ujian kita yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan orang lain. Ya Allah, dunia sangat hampir ke penghujungnya.
Apapun, kita jaga kita ya. Sentiasa bermuhasabah diri dan banyak bersyukur. Kena rajin, jangan malas malas kerana kita semua tak mahu menyesal dikemudian hari. Banyakkan memaafkan orang lain dan jangan hirau tentang ketidakpedulian orang terhadap kita. Jumpa orang orang negatif jangan pedulikan.. move forward.
Kak Ita seperti orang lain juga, ada ketika akan ada rasa down sebab iman kita ada turun naiknya. Tapi jangan lama lama, kena cepat cari solusinya. Syukurnya, Kak Ita berada dalam circle yang sangat positive samada adik beradik, sahabat sahabat, saudara mara dan persekitaran yang baik. Alhamdulillah.
Tak mahu lama lama bercerita, kak Ita just nak kongsikan hidangan breakfast kami harini. Seiring dengan usia, selera kami lebih kepada kuih muih tradisional sekarang. Disamping kami nak menjaga pemakanan kami. Makan makanan yang sihat sihat dan tak nak banyak pergerakkan yang boleh membuat kami rasa stress dan memenatkan.
Hidangan nya hanya kuih kaswi yang sangat simple cara nak masaknya dan tak banyak bahan. Menyediakan atau membuatnya bersama suami dan anak bujang yang sedang bercuti sem sangat lah meng happy kan.ššsaja cipta kenangan. semuga anak nanti akan mengingati kami bila melihat kuih kaswi ini.
Jom Kak Ita kongsikan resepinya.
KUIH KASWI
Bahan bahannya:
A)
1 cawan gula melaka
1 cawan gula
1 cawan air
1 helai daun pandan
š³satukan semua bahan diatas dan masak hingga semua larut.
š³ Tapis dan ketepikan
B)
1/2 biji kelapa parut yang putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
š³Kukus kelapa selama 5 minit. Angkat.
š³Masukkan garam dan gula, gaul rata. Ketepikan.
C)
2 cawan gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
1 1/2 cawan santan pekat (santan kotak)
2 1/2 cawan air
Loyang saiz : 9 inci atau 8 inci
plastik alas tahan panas 12" X 12"
Cara cara nya:
š³Satukan semua bahan B dan kacau rata.
š³Masukkan bahan A dan kacau rata.
š³Tapiskan ke dalam periuk
š³Dengan api perlahan, kacau hingga naik wap.
š³Masukkan ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik.
š³Kukus selama 25-30 minit dengan api sederhana.
š³Jangan guna api kuat kerana permukaan akan berkedut.
š³Lap tutup pengukus setiap 10 minit untuk elak air wap menitis ke atas kuih.
š³Bila masak, angkat dan sejukkan.
š³Potong ikut saiz yang digemari dan salut dengan kelapa parut.
š³Sedia dinikmati.
Semuga adik adik dan anak anak semua sentiasa menjaga setiap perbuatan yang berlandaskan iman dan adab. Kak Ita doakan uolls sentiasa bertindak matang dan saling menghormati orang lain.
Resepi ini boleh dibuat niaga ya. Alhamdulillah, kak Ita pernah menerima tempahan kuih kuih ini. Kak Ita suka berbisnes kecil kecilan walaupun ada kerjaya yang baik. Peluang harus di gunakan jika ada kudrat, ada peluang, ada masa dan kemampuan. Kita tak tahu apa nasib kita di depan hari, jika berlaku apa apa atau suatu masa kita kehilangan kerja kita, sekurang kurangnya, kita dah boleh kembangkan side income kita yang pada mulanya hanya sekadar suka suka. Wallahualam.
Semuga ianya bermanafaat. Assalamualaikum.
Ruzita Idias Ismail
Jumaat, 10 Syawal 1445H
Comments
Post a Comment