KEK NEOPOLITAN
OLE OLE
Salam Syawal ye.. Buat apa tu?? Rehat rehat sambil bersembang ya? Apapun yang dilakukan, Kak Ita doakan agar uolls sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. Doakan akak jugak ya. Mintak lah, agar kak Ita sihat dan bersemangat untuk untuk terus berkongsikan semua resepi resepi yang ada dalam simpanan akak. Lama sangat, akak dok berangan nak simpan semua resepi resepi kat sini dan nak jadikan sedekah jariah ilmu ilmu ni. Bolehlah yang mana nak niaga tu guna kan. ye tak?
Memasak secara formal adalah dari tahun 1983 di sekolah menengah. Semasa menjejak kaki ke sekolah menengah tu, doa banyak banyak agar Kak Ita dapat masuk kelas aliran sains rumah tangga a.k.a SRT pada masa tu. Alhamdulillah, Allah mendengar dan memakbulkan. Gembiranya hanya Allah saja yang tahu, bila mana impian kita menjadi kenyataan.
Kak Ita masih ingat agi, antara kek yang pernah belajar semasa di sekolah menengah ialah kek paun dan kek madeline. hehehe.. Guru pertama kelas sains rumah tangga, Puan Norashikin, cantik orangnya..baik amat. dan guru kedua semasa form 3, cikgu zaleha.. Cikgu ni memang cantik orangnya.. putih gebu, bertudung, nampak sangat moden. Kak Ita selalu perhatikan lipstiknya yang berwarna coklat. Jika dulu rasanya jarang jumpa orang memakai lipstik colour coklat gelap kan, berbanding sekarang..purple pun orang pakai dah sekarang..hehehe.. semuga kedua dua guru pertama Kak Ita ini sihat dan dimurahkan rezeki. Rindu sewaktu zaman dahulu.. berpuluh tahun dulu.. Dan sekarang.., Kak Ita pun dah berusia dan senja dah..
Jadi, bila harini Kak Ita nak kongsikan resepi kek, terus Kak Ita teringat kepada guru guru kesayangan Kak Ita ini. Maklumlah.. ini lah guru pembuka jalan kepada minat kak Ita dalam bidang masakan. Banyak resepi yang Kak Ita belajar dari mereka selama 3 tahun. Ya Allah tak mampu nak balas jasa jasa mereka.
Memasak kek antara hidangan yang sangat me-release kan stress Kak Ita semasa kerja bank dulu. Hujung minggu selalunya Kak Ita akan masak kek dengan happy nya. lebih happy lagi bila anak anak dan suami jugak turut mengemari kek kek yang Kak Ita buat. Selain itu, Kak Ita telah mulai mengambil tempahan kek kahwin dan kek untuk hidangan pelbagai majlis. Disitu lah bermulanya, Kak Ita mencari side income secara suka suka.
Okey terus ke resepinya ya. Sebenarnya, kek ini dibuat sebagai ole ole untuk sahabat adik Kak Ita. Doa Kak Ita semuga mereka sukakan nya. Jom kita intai intai resepinya.
KEK NEOPOLITAN
A)
7 biji putih telur
š³ Putar hingga gebu dan bertanduk
š³ Ketepikan.
B)
Selamat mencuba.
Ruzita Idias Ismail
11 Syawal, 1445
Cantik hasil kejadian kek neopolitan.
ReplyDeleteSaya sudah terlalu lama tidak buat sebarang kek. Sewaktu anak-anak semua masih bersama memang selalulah buat kek terutama kek coklat. Sekarang tinggal si bongsu seorang bersama kami.
Mie, terima kasih sudi singgah sini. Oneday, mesti you will do Amie. Usia kita makin senja, anak menantu berkumpul nanti mesti kita terasa nak buat masa tu..
Delete