KUIH LOPES
KUIH LOPES
Salam sejahtera dan selamat hari raya aidil fitri. Semuga semuanya sihat dan dalam lindungan dan rahmat Allah. Alhamdulillah, diberi kesempatan Kak Ita mencoret sedikit perkongsian menu kegemaran suami terchennta akak. Kuih lopes atau Kuih Lopez. Bila Kak Ita duk google dalam ternet..ada yang panggil KUIH LOPES dan ada juga yang opanggil KUIH LOPEZ
Apapun hidangan dan menu nya tetap sama saja ya. Menu kegemaran suami ini kak Ita sediakan semasa iftar ramadan yang lalu. sempat jugaklah buat beberapa kali. hurmm.. dah namanya menu kegemaran,, suami pulak sukakan hidangan hidangan pulut, memang menjadi lah kan. Akak tukang masak jer.. apa apa yang suami dan anak anak suka, tentu saja menjadi kesukaan kita pulak untuk memasaknya., macam tu lah sejak dulu... semenjak 32 tahun yang lalu. eehh..dah 32 tahun rupanya perkongsian hidup kami. sedar tak sedar dah 3 dekad lebih perkongsian hidup kami. Bahagia?? Alhamdulillah.. Allah yang Maha mengetahui..
Jom Kak Ita kongsikan cara cara yang sangat simple dan mudah ini..
Mula mula sekali, sediakan 2 cawan beras pulut rendam selamat 30 minit dengan pewarna hijau. Kemudian toskan,
Masukkan ke dalam loyang bersaiz 9 inci.
uolls boleh ubah suai ikut selera ya. Guna mana yang ada jer dik.
Assalamualaikum Ita.
ReplyDeleteSelamat hari raya.
Kuih lopes memang sangat sedap, apalagi kalau dihidsng dengan sirap gula melaka yang cukup lemak manisnya.
wasalam Amie, hidangan pulut ramai pengemar nyaš
Delete