ONDE ONDE

 KUIH EVERGREEN


Salam sejahtera dan semuga semua nya dalam perlindungan dan rahmat Allah . kak Ita, harini nak share satu menu evergreen yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Kuih ni tak semesti nya dihidanghkan semasa bulan puasa malah , hari hari biasa jugak dihidangkan untuk minum petang atau breakfast waktu pagi . Maka, sebab itu, Kak Ita namakannya kuih evergreen. malah sentiasa menjadi permitaan ramai tanpa mengira bangsa dan umur.  Hebat kan?

Semasa kecil, Kak Ita cuma melihat sahaja, mak kak Ita masak hidangan ni untuk bulan puasa. namun, bila dah meningkat dewasa dan berumahtangga, kak Ita juga jadikannya sebagai menu iftar buat hidangan keluarga kecil kak Ita. Ternyata, hingga saat ini ia tetap menjadi kuih kesukaan kami anak beranaK.  Untuk memudahkan anak anak Kak Ita  merujuk nanti, Kak Ita berhajat untuk simpan di sini. dan jugak rujukan kepada sesiapa sahaja yang berhajat.

Nak sediakan resepi taklah susah sangat, malah kesedapannya jika warna hijau itu aslinya letak daun pandan, memang sedap dan terasa keasliannya.  namun, kebanyakan yang dijual, ada yang letak perisa pandan dan pewarna hijau. jadi, keaslian dan rasanya agak kurang sedap berbanding dengan menggunakan daun pandan asli. Begitu juga dengan intinya. kak Ita selalu nya menggunakan gula melaka atau Nise Kerek dari Kelantan bukan yang dari Thailand tu ya. Ada rasa beza tu.

Baiklah ,  mari kita tinjau tinjau bahan bahannya, nanti boleh lah tengok stok bahan didapur, jika lengkap, bolehlah terus buat untuk hidangan keluarga untuk minum petang nanti..  Untuk lebih jelas, uolls boleh tengok di TIK TOK kat Ita ya. Jom kita ke resepi nya.

ONDE ONDE

1 cawan tepung pulut

1 1/2 sb tepung gandum

250 ml air daun pandan (dari 3 helai daun pandan)

sedikit pewarna hijau

🍳Satukan semua bahan di atas

🍳Uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.


2 keping nise kerek (gula Melaka) -potong dadu

2 cawan kelapa parut putih

1 sb gula

1 sk garam

🍳Sediakan kelapa parut: Kukus kelapa parut 5 minit. Kemudian, gaul bersama garam dan gula. Ketepikan.

🍳Sediakan satu periuk air panas.

🍳Ambil sedikit doh dan bulatkan, leperkan letak gula melaka dan bulat bulatkan.

🍳Masukkan adunan yang sudah di bentuk ke dalam air mendidih.

🍳Bila onde onde dah terapung, sila angkat dan salutkan atau golekkan ke atas kelapa parut.

🍳Ulang hingga habis adunan

🍳Sedia di nikmati.


Okey hingga jumpa lagi di lain waktu. Kak Ita doakan semuga uolls semua di berikan limpahan rezeki dan kesihatan yang baik. hidup penuh beradab, beriman, dan sentiasa di beri circle yang harmoni. 

Assalamualaikum.

Ruzita Idias Ismail

12 Syawal, 1445







Comments

Popular Posts