AIDIL ADHA

 AIDIL ADHA 1445H

Salam sejahtera semua. Semuga semuanya dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt. Jujurnya, semenjak kejadian 7 Oktober dulu, Kak Ita merasakan tiada lagi kegembiraan seperti dulu dulu. Kegembiraan yang hadir sekarang seolah olah tak lama, dan akan hilang dalam tempoh yang sekejap. Terbayang macam macam yang menyedihkan dan menjadikan Kak Ita terasa tidak selesa bila mengingatkan yang ada orang lain yang lebih struggle untuk meneruskan kehidupan.

Semua harapan, impian, cita cita seolah olah telah terkubur. Cumanya, hidup lah seadanya sekadar tuntutan hidup kerana Allah masih memberi nikmat hidup. Guna masa sebijak mungkin tanpa memikirkan persepsi negatif orang terhadap kita. Cipta kebaikan dan sangat menjaga setiap perbuatan dan cuba tingkat tambah amalan. 

Tipulah jika tak ada rasa sedih dan terkilan bila mana, telinga kita didengarkan tentang persepsi buruk orang terhadap kita, namun.. itu luar jangkauan dan kawalan kita. Dimana mana kita berada, manusia punyai pelbagai ragam dan sifat. Siapa kita nak hindari jika tidak dengan izin Allah. 

Syukurnya, kita ada circle yang baik baik, adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan, jiran tetangga yang sangat positif. Jadi, tak adalah mencabar sangat urusan harian kita. 

satu sifat kak Ita adalah menjauhkan diri dari manusia manusia yang bersifat negatif., kerana sedar diri yang Kak Ita tidak kuat dan tidak diberi kelebihan untuk menguruskan orang orang yang seperti ini. Cukup sekadar suami dan anak anak yang memahami dan tempat kita berkongsi rasa.

Jalan lain yang Kak Ita pilih ialah, kecilkan circle, kurang bergaul, banyakkan aktiviti yang berfaedah. Sertai kawan kawan yang akan memberi kita banyak ilmu ilmu baru dan sama sama cintakan kedamaian. Alhamdulillah , Allah kurniakan situasi itu.

Anda punyai cerita di aidil adha haritu? Beraya di mana kawan kawan semua. Kak Ita, ada rezeki beraya dan menikmati  korban di kampung. Kami adik beradik membuat sendiri daripada menyembelih lembu, melapah, menyiang, mengagihkan setiap bahagian kepada yang berhak hinggalah memasak dan makan ramai ramai.

Sangat mengembirakan. Rumah ahli keluarga yang luas memberi keselesaan buat kami anak beranak berkumpul dan berkenduri a.k.a bekwoh. Adalah juga 2-3 orang yang di upah untuk menolong untuk melancarkan majlis korban ini.  Alhamdulillah, dengan izin Allah semua berjalan lancar dan dapat siapkan awal. 

Sebelum balik ke kampung Kak Ita dah berangan angan untuk menikmati perut lembu, hati lembu, paru lembu yang di masak ketika fresh lagi. Maklum lah, Kak Ita tak beli dan masak dirumah Kak Ita kerana anak anak dan suami tak makan organ dalaman lembu melainkan daging dan tulang lembu sahaja mereka makan. Jadi ini lah peluamg Kak Ita untuk menikmati sepuas puasnya. hehehehe...

Kak Ita rasa cukup sampai disini  dulu perkongsian Kak Ita kali ini. Ada rezeki kita berkongsi cerita dan pengalaman lagi. semuga anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

salam sayang buat semua pencinta kedamaian.

Ruzita Idias Ismail









Comments

Post a Comment

Popular Posts