NASI LEMAK

NASI LEMAK LAGI... VERSI 2


Assalamualaikum.. apa khabar?? Harap semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah..syukur kepada Allah masih lagi dapat menikmati setiap pemberianNya. Pagi ini, bila hubby nak keluar beli nasi bungkus terasa kesian pulak. Kebetulan barang dapur dah habis. Biasanya, macam tu lah. Hubby akan keluar setiap pagi Jumaat untuk membeli keperluan dapur. Bila hujan tak henti-henti, rasa kesian pulak. Masuk dapur.. tengok sisa barang dapur masih berbaki. Sotong ada 5 ekor, ikan bilis lak ada dalam setengah cawan. Serba salah nak masak ni. Buka peti ais.., tengok kangkung ada lagi. Nak masak apa..

Fikir-fikir.. terdetik nak buat nasi lemak tangkap muat.. ha..ha... Jadi jugak tu.. he..he.. Ita pun blend kan bawang merah, bawang besar, cili kering dan bawang putih. Kita buat je apa yang ada. Ita gandingkan ikan bilis yang sikit tu dengan sotong.. serasi jugak nampak mereka, ya lah satu negara. dua-dua asal dari laut.. tu yang serasi tu agaknya. Kita yang jodohkan dia.. reda lah agaknya tu.. Kangkong tu pulak Ita celur jer.. gantikan timun. Dan hubby dadarkan telur untuk 4 orang.. Si Adam tak makan nasi lemak sebab dia masih berpantang  bersunat (khatan). jadi Ita bakar ikan selar garam kunyit bersama tumis sedikit sawi. Bila agak-agak reda hujan nanti bolehlah hubby ke pasar yang cuma 500 meter jer dari rumah. Jalan kaki pun sampai kalau nak main hujan..

Haa.. jadilah nasi lemak tangkap muat.. bolehlah time-time darurat macam ni.. Kalau ada yang nak mencuba nasi lemak tangkap muat Ita ni, berikut Ita kongsikan resepinya.

Nasi Lemak rujuk DISINI dan kankung tu just rebus atau celur je macam biasa.

Untuk sambal sotong bersama bilis Ita lakarkan dibawah ya.. Jangan risau.. tentang apa rezeki kita hari ini, In sha Allah adalah tu rezeki kita yang Allah berikan. Selagi kita mengingati Nya, selagi itu lah kita akan sentiasa di limpahi rezeki Nya.


SAMBAL BILIS BERSAMA SOTONG

1/2 CAWAN IKAN BILIS-cuci dan toskan
5 EKOR SOTONG-potong bulat
1 BIJI BWANG BESAR - potong bulat
1 SUDU BESAR AIR ASAM JAWA
1 SUDU BESAR GULA PASIR
1 SUDU KECIL GARAM
1/2 KIUB PATI AYAM
1/2 INCI HALIA-potong memanjang
100 ML SANTAN
1/2 SENDUK MINYAK MASAK

BAHAN KISAR:
1 BIJI BAWANG BESAR
4 BIJI BWANG PUTIH
7 BIJI CILI KERING
2 BIJI BAWANG MERAH

CARA-CARANYA:

  1. Panaskan minyak. tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan halia.
  3. Masukkan gula, garam, kiub pati ayam dan air asam jawa.
  4. Masukkan sotong sebentar. Kacau.
  5. Masukkan ikan bilis. Bila ikan bilis dah lembut masukkan santan dan bawang besar.
  6. Kacau rata. Sesuaikan rasa.
Okey.. itu jer. Kalau nak cuba silakan.. ni sambal tangkap muat. Guna bahan yang mana ada kat dapur jer. Musim-musim banjir macam ni.. jangan makan memilih milih. Bersyukur kerana kita terselamat dari banjir berbanding orang lain yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir. 

Okey.. salam Jumaat.


Comments

Popular Posts