APAM BALIK

MENGAPA APAM BALIK LAGI..??

Assalamualaikum.. selamat pagi.. dah breakfast ke? Belum..? Jangan bertangguh ya.. Nanti tak boleh nak buat kerja. Pagi-pagi kita perlukan tenaga.. nak tunggu lunch nanti lambat lagi. Perut meragam kalau tak di isi. Isikan walaupun sedikit. Ambik masa 5 minit untuk sarapan.. nak ringkas..mari guna menu Ita. Sambil nak mandi tu boleh kacau-kacau bahan-bahan.. tu. Kalau lepas mandi boleh terus mengapam kan kuih ni.. cepat dan ringkas.

Resepinya dah Ita kongsikan dulu, dan boleh rujuk DISINI. Cumanya kali ini Ita tak guna kuali tanpa lekat tu sebab Ita dah beli acuan apam balik yang diperbuat dari tembaga. Dan juga.., Ita tambahkan sedikit buah-buahan kering untuk mengubah citarasa sedikit. 

Nak best lagi boleh tambah hirisan pisang. Semasa Ita bertugas di Kuantan dulu, depan bank tempat Ita kerja, ada gerai apam balik. Pelbagai perisa dia letak, ada pisang, ada coklat chip. Memang sedap kalau kita pelbagaikan rasanya.. Lepas ni nampaknya Ita kena try letak coklat chips pulak.., mesti sedap. tapi jagung jangan di tinggal tau.. yang tu.., wajib! takde yang tu..tak best dan dah ubahkan rasa asalnya..

Bagi Ita, kuih-kuih lama ni..kena belajar. Takut nanti bila sampai ke anak cucu kita.., mereka tak pandai nak membuatnya. Silap-silap orang luar yang datang menjual kuih muih tradisi kita. Jangan pelik bila anda tengok orang Indonesia yang menjual kuih apam balik kat pasar malam. Dah memang orang kita dah tak buat dan cuma tahu beli aje kan.. sayang lah kalau makanan warisan kita, kita tak warisi. Tak buat selalu tak apa, asalkan tahu cara nak buat dan apa bahan-bahannya kan. 

Panjang pulak coloteh Ita kali ini. Yang tinggal Ita sahaja di rumah ketika ini. Jadi tak banyak tugas sangat nak dibuat, depan komputerlah duduknya.  Bolehlah Ita membuat tugas-tugas yang terbengkalai tu.. sambung balik yang mana tertinggal. Settle sikit kerja2 rumah yang terbengkalai tu.. Bila suami balik nanti kerja dah siap takde lah kita mengabaikan dia kan.

Lagipun dalam keadaan Ita yang tak berapa okey ni.. buat kerja pun slow ajer Jadi take time sikitlah untuk menyiapkannya.

Okey lah, sehingga jumpa lagi ya.. insyaallah Ita akan kongsikan resepi kek chiffon petang nanti. Kek sudah masak tu..cumanya nak tunggu betul-betul sejuk barulah boleh dipotong dan ambik gambar. Cuaca pun cantik hari ni..maka gambar pun okey lah. Kalau hujan paling Ita rungsing, makanan dah masak tapi tak boleh ambik gambar..adoi..kena buat lagi nak  bagi gambar nampak cantik..

Okey assalamualaikum..

Selamat Mencuba

Comments

Popular Posts