NASI MINYAK

NASI MINYAK UNTUK LUNCH..



Assalamualaikum... selamat tengahari. Dah prepare lunch ke belum ni. Jangan nak bersembang aje ya.. cepat-cepat kita ke dapur.. jap lagi anak sekolah dah nak pulang.. Jangan nanti, anak dah sampai rumah.. baru nak masak ya.. last-last rendam maggie.. hahahaha... jangan amalkan... No..No...No..


Apa menu hari ni ya..? Perancangan yang baik akan menghasilkan masakan yang sedap dan menarik. Ya.. menarik. Perlu tu.. sebab apa Ita katakan perlu kerana, jika ahli rumah ada yang tidak mempunyai selera makan, In Sha Allah..bila terpandang jer makanan yang dihias cantik.. terbuka lah selera makannya. Terutamanya, anak-anak..

Apapun.. jika mempunyai berkesempatan.. kalau tak. Sekadar menyiapkan makanan kegemaran keluarga adalah memadai. Ya lah.., kesibukan tugas terkadang menghadkan kita untuk berlama-lama di dapur. Jika ada ruang dan masa yang lebih itu satu bonus untuk kita menghidangkan makanan dengan lebih kreatif.




Tengahari ini Ita siapkan awal-awal lagi lunch untuk Adam. Pulang dari sekolah nanti dia akan ke kelas agama pulak. Ita sediakan nasi minyak dan Ita gandingkan dengan acar kobis ungu dan kari ayam kegemarannya. Ita tak sertakan resepi kari ayam kerana Ita pernah sertakannya dulu. Kalau nak tengok resepinya boleh rujuk DISINI.






NASI MINYAK

Bahan-bahannya:

4 cawan beras basmati
5 cawan air
4 sudu besar  minyak sapi
1 sudu besar marjerin
3 biji bawang merah-hiris
2 biji bawang putih-hiris
1 sudu kecil garam
4 kuntum bunga lawang
4 biji buah pala
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia - hiris memanjang
1/2 cawan kismis
2 helai daun pandan
1 tin susu cair

Cara-caranya:

1.     Panaskan marjerin dan minyak sapi.
2.     Bila cair masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pala.
3.     Masukkan pula bawang putih dan bawang merah serta halia.
4.     Tumis hingga naik bau.
5.     Masukkan daun pandan yang disimpul.
6.     Masukkan beras, air dan susu cair.
7.     Masukkan garam dan tunggu hingga mendidih.
8.     Bila mendidih angkat dah masak dengan periuk elektrik.
9.     Bila nasi masak, buka periuk dan letakkan  kismis sambil di kacau-kacau dengan chopstik supaya nasi tak hancur atau putus.

 






Emm.. dah siap pun nasi minyak kita. Jadi.. kawan-kawan boleh lah mencuba resepi nasi minyak ni. Ita memang gemarkan nasi minyak, rasanya yang lemak-lemak dan di curahkan dengan kari ayam kampung.. Fuhh!! Memang berhantulah..

Okey..lah.. sehingga jumpa lagi dan selamat mencuba ya.. 

Assalamualaikum..












Comments