Wednesday, 29 July 2015

CUCUR PISANG

MASAK RINGKAS-RINGKAS..



Assalamualaikum.. salam sejahtera untuk pegunjung dapur maya Ita kali ini. Ada hari-hari kita rasa kurang bertenaga. Dan ada hari-hari kita rasa segar dan sangat riang. Itu lah manusia, ada pasang surut nya. Tak seperti kebiasaannya, Ita hari ni.. nak cerita.. mood tak berapa nak baik. 

Banyak hal yang nak fikirkan. Kesihatan diri yang tidak menunjukkan akan kembali pulih seperti sediakala. Rasa sedih dan hilang mood bila memikirkannya. Namun hidup perlu diteruskan. Memujuk hati semuga dapat menerima ketentuan Allah ini. 

Ya.. bila mood kita tak berapa nak baik, habis satu rumah akan merasa kesan nya. Masak pun ala kadar ajer.. mana nak dapat mood nak masak kalau asyik bersedih ajekan. Jadi, hasilnya pun masak yang ringkas-ringkas aje lah.

Itu lah.. pagi ni Ita just masak ringkas-ringkas aje. Cucur pisang! Hmm.. kebetulan malam tadi Ita masak ikan tenggiri masak asam pedas, masih berbaki lagi. Anak-anak pulak suka sangat dengan asam pedas. So masak nasi pagi ni, makan dengan asam pedas lagi.. sedap.. Dan untuk menambah hidangan, Ita buat sedikit kuih. Cucur pisang. Hidang pulak dengan milo panas. Sedap jugak. Anak-anak pun tak komen apa. Haa.. tu lah hasil hidangan orang yang tak de mood. hihihihi...

Nak dapat kan resepinya boleh klik DISINI. Ita pernah kongsikan suatu masa dahulu.

Teringat zaman kanak-kanak dahulu.. mak selalu masak cucur pisang ni. Tapi kami tak panggil cucur pisang, kami panggil jemput pisang, hehehe.. ya lah tinggal kat kampung, pisang pulak sekeliling rumah ada. Tak macam sekarang sekecil-kecil pisang pun kena beli. Sebab tu Ita mengambil keputusan untuk menanam pisang di kawasan rumah walaupun halaman nya ada sekangkang kera kata orang. Dah tanam 3 pokok pisang berangan. Lepas ni boleh lah Ita berangan nak makan buahnya..hahahaha..

Tapi sebenarnya tak susah mana pun nak tanam. Letak aje di halaman, pastu dia tak payah nak jaga macam jaga bunga. Pandai-pandai jer dia hidup. Daunnya pulak boleh buat bungkus kuih muih seperti tepung pelita atau nak bakar ikan ke. Kalau dulu, daun pisang pun kena beli kat pasar atau bila balik kampung ambik kat rumah ma (ibu Ita). Sekarang tak lagi, percuma lagi. Duit boleh simpan, buat bayar GST. Banyak barangan dah kena GST kan..Hmmm..

Jadi, memenuhi masa senggang Ita. Ita tanam serba sedikit sayur-sayur yang mudah nak tanam. Tak pun tanam jer kat dalam pasu-pasu kecil. Sawi, kacang panjang, kacang bendi, tomato, kunyit, lengkuas dan serai. Semua tu dulu.. Ita beli kat pasar selalu bila time nak guna. Sekarang dah tahu dan faham betapa berharganya tanah dihalaman rumah walaupun tak seluas mana. 

Okey lah perkongsian Ita untuk pagi ini. Semuga teman-teman semua sentiasa dalam lindungan Allah snt.

Assalamualaikum.