ROTI GORENG RANGUP

ROTI GORENG SARDIN YANG CEPAT YANG MUDAH..




Assalamualaikum.. kesihatan Ita yang tak berapa nak baik lagi menjadikan masa untuk berlama-lama di dapur sangat terbatas. Kesan ubat yang di makan malam tadi masih lagi menyebabkan Ita sakit kepala sehingga pagi ini. Ita sendiri pun tak pasti samada ianya kesan dari ubat atau tidak. Cuma, Ita perasan bila setiap kali Ita memakan ubat ni..terasa kepala jadi tak berapa nak betul.. eee.. rimas jugak rasanya.

Namun pagi ini, Ita ,mengambil keputusan untuk sediakan menu yang sangat ringkas sahaja. Roti sardin yang di goreng rangup. Alhamdulillah.. tiada yang cerewet untuk menikmati menu ini.

Untuk dapatkan resepinya boleh lah rujuk DISINI.


Ita pernah kongsikan suatu masa dulu. Cara nak menyediakannya sangat lah ringkas menjadikan  masa yang diambil didapur sangat pendek. Kalau Encik suami kata baru keluar office, sah-sah lah sempat siap sebelum dia sampai ke rumah. Kadang kala kita kena buat back up plan juga untuk time-time emergency nak cepat siapkan sarapan ke, bangun tidur terlewat ke kan..

Emm.. tapi itu dulu lah, sekarang Ita boleh dikatakan ada banyak masa kalau time tak berkarya. tapi kalau time Ita berkarya.. tentunya memang agak kelam kabut sikit. Terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi untuk mengejar masa pagi sebelum fajar tegak. waktu tu.. Ita tak boleh nak shooting sebab cahaya dah keras. Time cahaya lembutnya cuma antara jam 7 pagi hingga 8.30 jer yang sesuai bagi photographer tak bertauliah macam Ita ni. hehehehe..

Apa-apa, Ita minta diri dulu ya.. semuga lain waktu kita akan bersembang bisu lagi.. Bye.

Assalamualaikum.. semuga anda semua sentiasa dilimpahi rahmat Allah.

Comments

Popular Posts